Ecotourism

Apa itu Ecotourism?

Ecotourism didefinasikan sebagai pelancongan yang bertanggungjawab, ke kawasan alam semulajadi yang memelihara alam sekitar, mengekalkan kesejahteraan penduduk tempatan, dan melibatkan tafsiran dan pendidikan.

Kredit: Pinterest

Ecotourism berkait-rapat dengan pemuliharaan, komuniti, dan perlancongan yang lestari. Secara amnya ia bermaksud, semua yang terlibat termasuk mereka yang melaksanakan, mengambil bahagian dan memasarkan aktiviti ecotourism akan berpegang kepada prinsip-prinsip ecotourism berikut:

  • Mengurangkan kesan fizikal, sosial, tingkah laku, dan psikologi.
  • Membina kesedaran dan kehormatan kepada alam sekitar dan kebudayaan.
  • Memberikan pengalaman positif kepada pengunjung dan tuan rumah.
  • Memberikan faedah kewangan secara langsung kepada pemuliharaan.
  • Menjana faedah kewangan kepada pihak masyarakat tempatan dan juga industri swasta.
  • Memberi pengalaman yang berkaitan kepada pelawat yang membantu meningkatkan sensitivity kepada politik, alam sekitar, dan sosial di negara tersebut.
  • Merancang, membina dan mengendalikan kemudahan low-impact.
  • Mengambil peduli hak dan kepercayaan rohani Orang Asli dalam komuniti dan bekerjasama dengan mereka untuk mewujudkan partnership.

Ecotourism menyumbang kepada pemuliharaan dan pengekalan dengan cara mengekalkan alam semulajadi seperti landskap, habitat flora dan fauna, hidupan liar dan sebagainya. Operator membangunkan site tourism di kawasan alam semula jadi secara minima atau dengan cara menggabungkan pembangunan dengan alam sekitar tanpa merosakkannya.

Kredit: Uniq Hotel

Tempat penginapan yang didirikan ada yang mengamalkan penggunaan tenaga yang tidak habis seperti tenaga matahari atau angin, dan juga mengutamakan penjagaan kebersihan alam sekitar. Secara tidak langsung ia hanya memberikan kesan yang minima kepada alam sekitar, menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, membolehkan mereka kekal menetap di kawasan itu.

Kredit: My~ Home Sweet Home

Penduduk tempatan mendapat kesedaran dalam manfaat memelihara hidupan liar sekitar mereka daripada memburu haiwan-haiwan liar tersebut. Pemilik tanah dapat menjana pendapatan daripada pelawat dan diberi insentif untuk mengurus dan mengekalkan rizab untuk generasi masa depan serta memberi manfaat kepada flora dan fauna di kawasan itu. Manakala, pelawat yang datang mendapat kesedaran memelihara alam sekitar secara tidak langsung dari trip atau tour mereka ke tempat-tempat alam sekitar.

Contoh Ecotourism

Villa Mesra Alam

Inovatif dan mesra alam, Finolhu Villa, Club Méditerranée, Maldives beroperasi dengan menggunakan tenaga solar yang tidak akan habis sebagai punca kuasa utama. Sebanyak lebih kurang 6,000 m² panel solar pembersihan sendiri, bergabung sempurna dengan binaan dan landskap di sana. Perhatian khusus juga diberikan kepada pengurusan air, kepelbagaian haiwan dan tumbuhan dan mengurangkan serta mengitar semula bahan yang boleh kitar semula.

Kredit: Travel Centre Maldives

Mereka membuka kilang pembuatan botol untuk menghasilkan botol mereka sendiri yang mesra alam. Ia diperbuat daripada kaca bagi menggantikan botol plastik di penginapan dan restoran. Botol air ini diisi dengan air laut Finolhu yang diproses dan desalinated – proses membuang garam – yang mana semuanya dibuat di kilang tersebut. Dengan menghasilkan botol air sendiri, mereka menjangkakan akan menjimatkan sekitar 3,000 kilo botol air plastik kosong.

Kredit: Kuredu

Terdapat banyak aktiviti menarik ditawarkan termasuk diving yang diketuai oleh penyelam expert dari Eurodiver, aktiviti kebudayaan berdasarkan budaya setempat, sejarah dan hikayat rakyat, trip kesedaran mengenai hidupan laut oleh diver, dan melihat bintang dengan teleskop.

Ingin menunaikan umrah bersama keluarga? Baca blog post mengenai pengalaman umrah untuk lebih yakin.