Mengenai Agrotourism

Latar Belakang

Agrotourism ialah bidang yang semakin popular yang mana pengeluar-pengeluar cuba untuk mempelbagaikan dan menambah keuntungan. Dengan menggabungkan agriculture dan tourism, agrotourism bukan sahaja menjana pendapatan baru, tetapi berpotensi menghasilkan masalah dan komplikasi undang-undang kepada pengendali agrotourism.

Apa itu  Agrotourism?

Kredit: F&B Report Magazine

Secara amnya, agrotourism boleh dikatakan seperti persimpangan agriculture dan tourism. Secara teknikalnya, agrotourism boleh dikatakan seperti sebuah bentuk perusahaan komesial yang menggabungkan production agriculture dengan proses tourism bagi menarik pelawat ke ladang, penternakan, atau perniagaan agriculture yang lain. Semuanya dengan tujuan memberikan sebuah bentuk hiburan dan pendidikan kepada pelawat dan menjana pendapatan untuk ladang, penternakan, ataupun pemilik perniagaan.

Tanpa ambil kira definisi sebenar atau terminology, mana-mana yang dikatakan agrotourism ini harus mempunyai 4 faktor berikut:

  • Menggabungkan elemen-elemen asas industri tourism dan agriculture;
  • Menarik orang awam untuk melawat operasi agriculture itu sendiri;
  • Direka untuk meningkatkan pendapatan perladangan / penternakan; dan
  • Menyediakan rekreasi, hiburan, dan pengalaman pendidikan kepada pelawat

Perkataan lain bagi agrotourism termasuk ‘agritourism’, ‘agri-tourism’, farm tourism’, ‘agricultural tourism’, dan ‘agritainment’.

Contoh Agrotourism

Operasi agrotourism wujud hampir di seluruh dunia. Operasi ini terdiri daripada perniagaan kecil yang hanya beroperasi pada musim tertentu sahaja dan menyediakan khidmat perkhidmatan pengguna yang terhad, sehinggalah ke perniagaan besar yang beroperasi sepanjang tahun dan menyediakan perkhidmatan yang banyak.

Kredit: Rappler

Antara contoh agrotourism termasuk memetik buah, corn maze, berinteraksi dan memberi makan haiwan di tempat perlindungan, tour proses-proses di ladang atau kandang, musium agroculture, market terus dari ladang, menginap di rumah di lautan sawah padi, dan sebagainya.

Kepentingan Agrotourism

Agrotourism memberikan peluang yang unik untuk menggabungkan aspek-aspek industri pelancongan dan pertanian bagi memberikan manfaat kewangan, pendidikan, dan sosial kepada pelancong, pengeluar dan komuniti. Agrotourism memberikan kesempatan kepada pengeluar untuk menghasilkan pendapatan tambahan dan saluran pemasaran secara langsung kepada pelanggan. Ia dapat meningkatkan industri pelancongan dengan meningkatkan jumlah pengunjung ke suatu kawasan dan tempoh penginapan mereka.

Kredit: Biyukukung Suite & Spa

Agrotourism juga menyediakan msyarakat dengan peluang pekerjaan baru di samping mendidik pelawat tentang pertanian, membantu memelihara tanah pertanian, dan seterusnya membolehkan pembangunan perusahaan perniagaan yang baru. Walaupun agritourism boleh mewujudkan potensi-potensi aliran pendapatan yang baru, ia juga membentangkan undang-undang baru bagi petani dan pemilik tanah.

Liabiliti Pemilik/Pengendali Tanah

Liabiliti adalah kebimbangan utama bagi mereka yang menjalankan perusahaan agritourism. Secara ringkasnya, pemilik tanah yang membuka tanahnya kepada orang awam menghadapi risiko bahawa dia boleh dipertanggungjawabkan jika ada sesuatu berlaku kepada pelawat/orang awam ketika berada di kawasan tanah tersebut.

Tugas penjagaan (keselamatan) terletak pada orang yang secara tradisinya telah dipertanggungjawabkan. Dalam erti kata lain, pekerja di tanah perusahaan itu yang diberi tugas menjaga kepentingan pelawat/orang awam. Tugas penjagaan terhadap pelawat/orang awam ini pula bergantung kepada pengkelasan mereka yang terdiri daripada penyalahguna, pemegang lessen, atau pelawat. Kelas pelawat adalah kelas yang paling relevan diberikan hak utama penjagaan dari segi undang-undang, walaupun kedua kelas yang lain mungkin dapat menerapkan hak penjagaan dalam keadaan tertentu.

Kredit: Pinterest

Penyalahguna (atau orang yang menceroboh) adalah mereka yang berada di kawasan tanah tersebut tanpa kebenaran pemilik tanah. Secara umumnya, penyalahguna/penceroboh ini tiada hak penjagaan daripada pemilik tanah, namun pemilik tanah perlu berhati-hati supaya tidak mencederakan mereka dengan sengaja atau tidak sengaja. Walau bagaimana pun, jika kanak-kanak yang terlepas ke kawasan tanah pemilik tanah, kanak-kanak tersebut mungkin mendapat hak penjagaan dan lepas dari kesalahan undang-undang.

Pemegang lessen adalah mereka yang berada di kawasan tanah dengan izin pemilik tanah tetapi tidak memberikan sebarang manfaat ekonomi kepada pemilik tanah secara langusng seperti media, auditer, orang yang menemuduga, dan sebagainya. Secara amnya, pemegang lessen mesti diberitahu tentang bahaya yang tersembunyi dan diberikan hak penjagaan yang mana tidak membahayakan pemegang lesen.