Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Melancong Ke Australia

Australia, rumah kepada pantai-pantai aktiviti surfing yang hebat, budaya kopi, penduduk setempat yang mesra, koala comel dan undang-undang kuarantin yang sangat ketat. Untuk perjalanan lancar, inilah senarai perkara yang perlu diketahui sebelum anda pergi ke Australia.

Kredit: Tourism Australia

Perkara paling penting anda perlu tahu adalah persediaan sebelum berlepas ke Australia. Terdapat banyak perkara yang boleh membuatkan percutian anda dibatalkan, delayed, denied boarding atau denied entry. Kes denied entry mungkin tidak pernah kedengaran sebelum ini tetapi dengan tularnya Covid 19, mungkin ada yang akan kena denied access.

Visa, Passport, Pelan Perjalanan

Tidak kira berapa lama anda bercadang untuk melawat Australia, anda perlukan visa yang sah untuk masuk ke negara itu, termasuk tempat persinggahan singkat. Anda boleh apply visa secara atas talian yang dipanggil Electronic Travel Authority, klik sini untuk baca cara nak apply Australian Visa online. Sebaiknya anda pastikan visa lulus dahulu sebelum membeli tiket kapal terbang bagi mengelak kerugian. Anda masih boleh membuat rayuan tetapi tiada jaminan ia akan lulus.

Anda boleh ke Australia dengan tiket satu hala, tetapi untuk lebih meyakinkan mereka yang anda datang untuk melancong, anda boleh sediakan statement bank untuk menunjukkan anda mempunyai duit yang cukup untuk membeli tiket pulang sebelum tamat tempoh visa. Jumlah duit di dalam bank juga perlu cukup untuk menunjukkan anda mampu untuk melancong di sana kerana kos kehidupannya yang sangat tinggi di sana.

Australia tidak mengenakan minimum tempoh sah passport untuk masuk ke negara itu. Hanya perlukan passport dan visa yang sah semasa menaiki kapal terbang dan semasa memasuki Australia. Tetapi ianya adalah peraturan yang umum passport anda perlu mempunyai tempoh sah 6 bulan selepas anda pulang. Anda mungkin mahu memastikan peraturan-peraturan di tempat transit anda dan juga syarikat airline itu sendiri untuk lebih yakin. Untuk lebih mudah, hanya pastikan passport anda tidak tamat tempoh sah semasa anda di luar negara bagi mengelakkan memeperbaharui passport asing di luar negara. Penguatkuasa yang mengeluarkan passport di negara itu mungkin sukar bagi anda untuk sampai ke sana.

Bagi rakyat Malaysia, lebih baik untuk ada tiket pergi balik, tempat penginapan, itinerary sepanjang berada di sana, berpakaian segak dan kemas, dan mengasingkan beg mengikut isi kandungannya supaya mudah untuk pegawai membuat semakan dan mudah untuk mengemas balik. Jika anda ditahan dan sisoal oleh pegawai, jawab soalan mereka dengan tenang dan jangan meninggikan suara. Mereka mungkin akan tanya tujuan anda ke sana, pekerjaan anda, duit belanja yang anda bawa dan sebagainya.

Kredit: Fatin Days

Undang-Undang Kuarantin Yang Sangat Ketat

Australia adalah sebuah kepulauan yang sangat cantik dengan lanskap yang unik, dan bebas dari perosak dan penyakit tertentu. Untuk memastikan ianya berkekalan seperti itu dan mengekalkan industry pertanian yang sedang pesat mengembang, Kerajaan Australia memandang undang-undang kuarantin dengan sangat serius. Anda perlu mengisytiharkan makanan, bahan tumbuhan dan produk haiwan untuk memastikan tiada apa-apa yang tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini.

Ini termasuk benih, buah, bulu, kulit dan apa-apa yang diperbuat daripada kayu. Jika pegawai yang memeriksa mengesahkan ia ada potensi ancaman, barang tersebut akan dirampas dan anda mungkin akan dikenakan bayaran. Sebaiknya anda menyenaraikan setiap makanan, makanan ringan, mi segera, makanan dalam tin, makanan dalam paket dan sebagainya beserta dengan jenama dan bahan-bahan kandungannya. Pastikan makanan yang anda bawa mempunyai bungkusan yang rapi dan tercetak bahan-bahan kandungan, bahan makanan yang dibungkus dengan bungkusan lutsinar dan diikat dengan getah tempe kemungkinan besar akan dirampas.

Bersedia Dengan Cuaca Di Australia

Ianya bersalji di sebahagian tempat Tasmania, New South Wales, Victoria (dan mungkin Queensland kadang-kala!). Manakala ianya sangat panas dan lembap di bahagian Utara di Top End hampir keseluruhan tahun. Melbourne terkenal dengan empat musim dalam sehari – panas dan cerah, kemudian berangin, hujan dan rebut, dan akan cerah semula dalam masa kurang dari 48 jam. Musim panas di Australia pada umumnya panas dan kadang-kadang agak teruk, suhu yang mencecah lebih 40 darjah celcius adalah normal untuk kebanyakan negaranya beberapa kali dalam setahun.

Kesimpulannya, bersiap sedia dan perhatikan ramalan cuaca di kawasan yang anda lawati. Sunburn, dehidrasi dan strok haba kesemuanya boleh berlaku jika anda tidak menyediakan secukupnya untuk cuaca tersebut. Sinaran UV sangat kuat di Australia, jadi penting untuk memakai sunscreen dengan kerap dan minum air yang banyak sepanjang hari. Kebanyakan sunscreen yang dijual di Australia adalah SPF 50 ke atas.

Pelan Trip Anda

Terbang ke Sydney, muncul di Melbourne, bersiar-siar di Great Ocean Road sebelum menjelajahi Uluru pada hari seterusnya, kemudian snorkeling di Great Barrier Reef. Mustahil! Benua-benua pulau ini sangat besar, dan ini kadang-kadang dipandang ringan oleh pelancong. Australia adalah negara keenam terbesar di dunia, dan saiznya adalah lebih kurang US, jadi perlu bersedia untuk perjalanan jarak jauh antara tempat-tempat di sana.

Bagi yang plan untuk melancong jangka masa lama di Australia, pelan trip anda supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk menejelajahi tempat itu. Anda tidak mungkin akan dapat melihat keseluruhan Australia dalam masa dua atau tiga minggu sahaja. JIka anda mahu melihat bandar-bandarnya yang berlainan, penerbangan adalah yang terbaik melainkan anda plan untuk pemanduan road trip yang epik.

Kredit: Travellers Autobarn