Tips Mengemas Barang Untuk Percutian

Antara perkara paling susah sebelum percutian adalah mengemas barang-barang untuk percutian. Jangan tunggu hingga akhir waktu, pasti akan ada sesuatu tidak kena. Pernah jadi, semasa mengemas jumlah bag adalah dua kali ganda orang, tetapi ada sahaja barang yang tertinggal atau tidak cukup.

Oleh itu, awal-awal lagi anda perlu bersedia. Walaupun percutian berkait rapat dengan keseronokan, dan bersantai tanpa memikirkan masalah, untuk memastikan persiapan anda lengkap dan pergi bercuti dengan senang hati boleh jadi satu masalah. Berikut antara tips anda boleh gunakan untuk mengemas bag anda untuk percutian.

Keselamatan Dan Penyimpanan Butiran Peribadi Dengan Selamat

Kredit: Travel + Leisure

Scan passport, gambar passport dan tiket-tiket anda, dan simpan di dalam email atau cloud storage. Simpan juga nombor-nombor telefon (atau vcard) penting dalam email atau cloud storage jadi anda tahu siapa perlu anda hubungi sekiranya kad kredit / kad ATM anda hilang atau dicuri. Dengan cara ini, walaupun anda kehilangan segalanya, anda mempunyai akses segera kepada semua maklumat penting anda. Ia menjadikan mudah untuk anda mohon passport yang baru kerana anda boleh terus berikan halaman butiran passport lama.

Pertimbangkan juga untuk menulis alamat rumah dan destinasi serta nombor whatsapp anda pada label untuk diletakkan di dalam bag pada ruangan yang mudah dilihat. Label yang diletakkan di luar bag berkemungkinan besar untuk hilang dan mendedahkan maklumat penting anda.  Sekiranya bagasi anda hilang, syarikat penerbangan atau sesiapa yang terjumpa bagasi anda masih boleh tahu siapa tuan punya bagasi jika mereka melihat di dalamnya.

Asingkan Barang-Barang Penting

Asingkan kad bank, duit, cek pengembara dan kad kredit kepada banyak tempat yang selamat seperti di poket seluar, bag sandang, bag galas, bag baju dan sebagainya. Elakkan meletakkan kesemuanya di dalam dompet. Sekiranya anda dirompak, anda masih ada saving yang lain, melainkan kesemua bag-bag anda diambil.

Bekas Dan Botol Kecil

Kredit: Carousell

Gunakan bekas lutsinar yang tidak makan ruang untuk mengemas peralatan mandi dan barang-barang kecil yang lain. Gunakan juga botol-botol kecil untuk repack shampoo dan sabun mandi bagi mengelakkan shampoo dan sabun dirampas pihak berkuasa. Ianya juga sangat berguna jika anda biasanya meletakkan barang-barang ini di dalam bag yang anda bawa bersama anda dalam penerbangan. Bagi yang beragama Islam, sediakan juga botol spray untuk memudahkan anda mengambil wuduk sekiranya perjalanan anda terlalu lama.

Tip Bag Galas

Kredit: HiConsumption

Jika anda menggunakan bag galas, letakkan barang yang ringan di bahagian bawah dan yang berat di atas. Dengan cara ini, bag anda akan terasa lebih ringan kerana bahagian yang lebih ringan terletak di bahagian bawah belakang anda. Letakkan juga barang-barang yang anda sering gunakan di bahagain atas supaya mudah anda capai. Pakaian kotor lebih sesuai dimasukkan di bahagian bawah bag.

Bag Plastik

Kredit: tavel. paint. repeat.

Ianya penting untuk mempunyai dan menggunakan beberapa bag plastik pada barang-barang tertentu terutamanya peralatan mandi kerana ia mungkin bocor dan menjejaskan barang-barang lain. Bag platik juga sangat berguna untuk menyimpan baju kotor, meletakkan sampah, atau dijadikan sebagai payung kecil. Ziplock atau bag plastik kedap udara adalah yang terbaik.

Susun Dengan Kemas

Kredit: Lazada

Anda boleh menggunakan plastik ziplock yang lusinar atau packing cube. Barang-barang adalah terbahagi kepada jenis masing-masing seperti baju, seluar, pakaian dalam dan sebagainya sebelum dimasukkan ke dalam bag galas atau bag baju. Ianya sangat membantu kerana semuanya akan tersusun dan anda boleh melihat dengan segera bahagian mana yang perlu dibuka. Anda juga boleh menyusun setiap bag/ziplock dengan pakaian untuk sehari terus.

Tambahan pula, jika anda perlu buka bag untuk pemeriksaan kastam dan sebagainya, semuanya akan nampak kemas dan tersusun. Anda tidak perlu keluarkan kesemua baju-baju tersebut kerana plastic yang digunakan adalah lutsinar. Tetapi jika pihak berkuasa mahukan kesemua barang diselongkar, anda tiada pilihan lain.

Pastikan anda tidak meninggalkan bag-bag plastik di kawasan alam sekitar.

Pakaian

Pack hanya pakaian yang anda tahu anda akan gunakan. Jika anda bercadang untuk melancong lebih dari 3 minggu, seeloknya basuh dan pakai semula pakaian tersebut. Anda boleh mengurangkan jumlah pakaian dengan menolak pakaian yang boleh diguna pakai berulang kali. Sebagai contoh, pakaian yang digunakan untuk mandi di sungai dan juga pakaian tidur.

Asing Pakaian Mengikut Tempat Atau Bag

Jika terdapat lebih dari 1 destinasi yang memerlukan anda berpindah tempat tinggal, anda mungkin mahu mengasingkan pakaian mengikut tempat. Sediakan satu bag baju dan satu bag galas untuk asingkan pakaian ikut tempat. Jika anda melancong dengan seseorang yang rapat, anda mungkin mahu bahagikan separuh pakaian anda antara anda dan travel partner anda. Jika salah satu bag daripada bag ini tidak sampai anda masih ada beberapa persalinan bersih buat sementara waktu.

Teknik Menjimatkan Ruang Dalam Bag

Kredit: Career Flight Path

Satu cara untuk sumbat lebih banyak pakaian ke dalam bag adalah dengan cara menggulung pakaian-pakaian tersebut. Menggulung secara compact membuatkan ia nampak lebih kemas dan jimat ruang.

Bercadang untuk ke Australia? Anda boleh dapatkan Australia visa application online. Ingin pergi tempat lain? Klik disini untuk lihat deal yang ditawarkan.